Wikileaks dan Bradley Manning Adrian Lamo

Pada bulan Jun 2010, Adrian Lamo melaporkan kepada pihak berkuasa US Army yang Spesialis Bradley Manning telah membocorkan maklumat sulit kepadanya. Lamo juga mendakwa bahawa Manning mengaku padanya telah memberikan rakaman video Serangan baghdad 12 Julai 2007 di Iraq kepada Wikileaks. Beliau telah menghubungi pegawai keselamatan Chet Uber pada Jun 2010 dan memberitahu tentang maklumat itu. Tindakannya itu menyebabkan dia dikecam oleh hacker lain.[3]